Malaysia’s Best jaminan produk berkualiti dan keselamatan makanan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu merasmikan Pelancaran Logo Malaysia’s Best sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang. – utusan/AMIR KHALID

SERDANG: Logo Malaysia’s Best memasuki fasa baharu sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 bagi terus memperkasa dan memasarkan keluaran pertanian tempatan ke pasaran global. Malaysia’s Best yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merupakan satu pengiktirafan dan penjenamaan nasional kepada simbol kualiti serta keselamatan makanan untuk keluaran pertanian Malaysia. Dengan adanya logo tersebut maka ia bermakna produk itu diperakui berkualiti, selamat dan mencapai standard di peringkat domestik serta antarabangsa. 

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2024/09/malaysias-best-jaminan-produk-berkualiti-dan-keselamatan-makanan/

English (UK)