Pengenalan

Apa itu Malaysia's Best?

Diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),
merupakan satu pengiktirafan dan penjenamaan nasional kepada simbol kualiti dan keselamatan makanan untuk produk pertanian keluaran Malaysia yang diperakui berkualiti, selamat dan mencapai standard serta piawaian peringkat domestik dan antarabangsa.

Kawalan kualiti keluaran pertanian bermula daripada amalan pengurusan ladang yang mematuhi Pensijilan myGAP dan setara serta mematuhi Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008 – Peraturan GPL.

Diperakui oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Simbol kualiti dan keselamatan makanan.

Pemasaran keluaran pertanian segar di peringkat domestik dan antarabangsa.

Medium untuk fasilitasi pemasaran produk pertanian.

logo-mb-light@2x

Pengiktirafan kepada keluaran pertanian yang selamat dan berkualiti.

Mendapat pensijilan myGAP dan setara serta mematuhi Peraturan GPL.

Berkonsep Umbrella Branding sebagai strategi pemasaran.

Didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan (MyIPO) di bawah Kelas 29 & 31.

Yang Layak Memohon

Petani Persendirian

Pemohon yang mengusaha sendiri keluaran pertanian di ladang miliknya yang telah diakreditasi dan dipensijikan myGAP

Mengamalkan amalan pemasaran baik dengan mematuhi peraturan GPL FAMA

Petani dan Pemasar

Pemohon yang mnengusahakan sendiri keluaran pertanian dan memasarkan keluaran pertanian di ladang miliknya atau syarikat atau pajakan/milikan sah yang telah diakreditasi dan dipensijikan myGAP

Mengamalkan amalan pemasaran baik dengan mematuhi peraturan GPL FAMA

Petani, peruncit, pemborong dan pengeksport

Pemasar

Pemohon yang memastikan keluaran pertanian dari ladang yang dipajak atau mendapat kebenaran dari pemiik ladang yang telah diakreditasi dan dipensijikan myGAP

Mengamalkan amalan pemasaran baik dengan mematuhi peraturan GPL FAMA

Petani, peruncit, pemborong dan pengeksport

Syarat-Syarat Penyertaan

Pensijilan myGAP

Pemohon telah mempunyai pensijilan myGAP dan myOrganic di bawah DOA, DVS, DOF atau yang setara

Pematuhan GPL
Malaysia’s Best membawa produk tanaman, ternakan, dan perikanan tempatan yang diiktiraf kualiti serta keselamatannya ke pasaran antarabangsa, membuktikan keunggulan hasil Malaysia di mata dunia.
Keluaran Tempatan

Keluaran pertanian tempatan bagi tujuan pemasaran segar

Hakmilik Ladang

Mengemukakan salinan surat perjanjian kerjasama atau surat pajakan jika menggunakan ladang milik petani lain.

Premis Tetap

Mempunyai premis tetap atau sementara bagi melaksanakan kerja-kerja penggredan, pembungkusan dan pelabelan

Tempoh Pembaharuan

Permohonan pembaharuan hendaklah dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sah laku sijil Malaysia’s Best

Pendaftaran Atas Talian

Pendaftaran Permohonan Baharu dan Permohonan Pembaharuan dibuat melalui laman web Malaysia’s Best

Carta Alir Permohonan

Menerima Permohonan

Permohonan diterima untuk diproses.

Menyemak Permohonan

  • Menyemak butiran permohonan yang diterima.
  • Jika tidak lengkap: Proses tamat.

Permohonan Lengkap

Permohonan lengkap diteruskan ke peringkat seterusnya.

Memeriksa Pematuhan Peraturan GPL

Memastikan pemohon mematuhi Peraturan GPL.

Menyediakan Laporan Pemeriksaan

Menyediakan laporan pematuhan berdasarkan hasil pemeriksaan.

Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan

  • Menilai permohonan untuk kelulusan pensijilan.
  • Jika tidak lulus: Proses tamat.

Memaklumkan Keputusan Kelulusan

Pemohon dimaklumkan tentang keputusan kelulusan.

Mencetak Sijil Malaysia’s Best

Sijil Malaysia’s Best dicetak untuk pemohon yang lulus.

Kadar Caj perkhidmatan

Perkhidmatan adalah percuma dan sukarela

Bahasa Melayu