Soalan Lazim

Malaysia’s Best ialah satu pengiktirafan dan penjenamaan nasional yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk produk pertanian tempatan. Ia memberi jaminan kualiti dan keselamatan hasil keluaran pertanian yang memenuhi piawaian domestik dan antarabangsa.
Pemohon yang layak adalah petani persendirian, petani yang juga pemasar, dan pemasar yang mematuhi pensijilan myGAP atau setara serta mematuhi peraturan GPL FAMA.
Pemohon mesti mempunyai sijil myGAP, myOrganik, atau pensijilan setara, mematuhi Peraturan GPL, mempunyai premis tetap atau sementara, dan mengemukakan dokumen hak milik atau perjanjian pajakan tanah jika menggunakan ladang orang lain.
Produk yang layak adalah keluaran pertanian tempatan yang dipasarkan secara segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan hasil ternakan yang diusahakan mengikut amalan pertanian baik.
Permohonan dimulakan dengan penerimaan dan semakan permohonan, pemeriksaan pematuhan peraturan, penyediaan laporan, penilaian oleh jawatankuasa kelulusan, memaklumkan keputusan kelulusan, dan akhirnya pencetakan sijil Malaysia’s Best.
Pengiktirafan ini membantu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kualiti dan keselamatan produk, mewujudkan nilai tambah, memperluaskan pasaran tempatan dan antarabangsa, serta meningkatkan permintaan terhadap hasil pertanian tempatan.
Tempoh sah sijil Malaysia’s Best adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Permohonan pembaharuan perlu dibuat dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil.
Permohonan baharu dan pembaharuan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi Malaysia’s Best.
Malaysia’s Best memastikan kawalan kualiti bermula dari peringkat ladang yang mematuhi amalan pertanian baik seperti Pensijilan myGAP dan Peraturan GPL, menjadikan produk yang diperakui memenuhi standard kualiti dan keselamatan yang ketat.
Bahasa Melayu