Malaysia’s Best diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merupakan satu pengiktirafan dan penjenamaan nasional kepada simbol kualiti dan keselamatan makanan untuk keluaran pertanian Malaysia yang diperakui berkualiti, selamat serta mencapai standard di peringkat domestik dan antarabangsa.
Malaysia’s Best membantu pengeluar dan pemasar dalam sektor pertanian bagi tanaman, ternakan dan perikanan melalui pensijilan peringkat ladang dan pematuhan peraturan GPL. Ia mewujudkan peluang pasaran baru, meningkatkan nilai tambah dan keyakinan pengguna serta peluang eksport keluaran pertanian tempatan yang lebih luas ke pasaran antarabangsa.
Malaysia’s Best memperkukuhkan kepercayaan pengguna tempatan dan global terhadap kualiti dan keselamatan hasil pertanian, ternakan serta perikanan Malaysia yang diiktiraf melalui piawaian ketat serta amalan terbaik
Malaysia’s Best menyediakan platform untuk strategi pemasaran yang lebih efektif dengan pengiktirafan jenama, meningkatkan daya tarikan hasil pertanian, ternakan, dan perikanan Malaysia kepada pasaran domestik dan antarabangsa.
Selamat dan berkualiti
Memperkenal dan mengiktiraf produk
pertanian tempatan yang diperakui
berkualiti, selamat dan mencapai
standard yang ditetapkan
Sebagai pemegang sijil Malaysia’s Best, kami melihat peningkatan keyakinan pelanggan terhadap produk kami dan berjaya meluaskan pasaran ke peringkat domestik dan antarabangsa
Malaysia's Best © 2024. Hak cipta terpelihara oleh Federal Agricultural Marketing Authority | FAMA