Wellguard Plantations Sendirian Berhad berlokasi di Kluang Johor. Syarikat ditubuhkan dengan objektif untuk menjadi peneraju primer dalam bidang pertanian yang fokuskan galakan usahatani dan galakan penanaman pelbagai jenis tanaman seperti teh, kopi, gula, nanas, kelapa, rempah ratus, serta komoditi penanaman getah dan kelapa sawit.
Sebagai permulaan, syarikat telah memulakan aktiviti penanaman durian, kelapa dan buah-buahan tempatan lain di Kampung Kepayang, Simpang Pulai sejak tahun 2012. Syarikat telah mula menjalin hubungan usahasama bersama rakan-rakan yang giat dalam bidang pertanian khususnya penanaman Nanas (Pineapple). Berikutan itu, WPSB telah mula fokus dan bergiat dalam mengusahakan penanaman Nanas varieti MD2. Ladang kami juga dianugerahkan sijil myGAP oleh Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) dan sijil Malaysia’s BEST oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Kini, WPSB dalam usaha membangunkan tanaman nanas dengan adaptasi konsep pertanian moden. Penggunaan kaedah ini dapat membantu meningkatkan hasil tanaman dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manusia serta memaksimumkan penggunaan sumber secara lestari.